tiket murah rayani air

rayani air tiket murah kuching

KUCHING, 2 Feb - Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air) melihat Sarawak sebagai sektor terbaharu yang mampu diteroka untuk perkembangan syarikat, kata Pengarah Eksekutifnya, Ravi Alagendrran Beliau berkata bagi merealisasikan sasaran tersebut syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia itu akan menjalin kerjasama erat dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) "Saya berharap Rayani Air yang kini memulakan penerbangan ke Sarawak akan dapat membantu meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini. Kami (Rayani Air) nak beri perkhidmatan terbaik kepada penumpang serta pelancong ke negeri ini melalui tawaran tambang murah "Kami juga bersedia untuk menjalin kerjasama seperti menjalankan promosi serta pakej bersama dengan STB," katanya dalam sidang media di sini malam tadi. Turut hadir Pengarah Pemasaran STB Benedict Jimbau Terdahulu, penerbangan julung kali Rayani Air bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, laluan ke-14 selepas Kuala Lumpur-Langkawi, Kuala Lumpur-Kota Baharu dan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu. Pesawat Boeing 737-400 dengan muatan 120 penumpang itu tiba pada kira-kira 9.50 malam Dalam pada itu, Jimbau berterima kasih kepada Rayani Air kerana memilih Sarawak untuk laluan keempat syarikat tersebut Beliau berkata penumpang kini mempunyai alternatif selain daripada syarikat penerbangan sedia ada yang menawarkan perkhidmatan ke Sarawak Pengurus Komersial Rayani Air, Kulenthiran Balakrishnan berkata sebagai permulaan, Rayani Air menawarkan 11 penerbangan seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching, tujuh kali seminggu untuk laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu dan tiga kali seminggu bagi laluan Kota Kinabalu-Kuching "Pada masa depan pula kami merancang untuk membuka laluan antaranya Kuching-Pulau Pinang dan Kota Kinabalu-Johor Baharu "Kita juga merancang untuk laluan Kuching-Miri, Kuching-Tawau, Kuching-Sandakan dan juga Kuching-Labuan. Itu antara perancangan Rayani Air pada masa akan datang khususnya di Sarawak dan Sabah," katanya

rayani air tiket murah KL-KK

KOTA KINABALU, 1 Feb - Rayani Air Sdn Bhd, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, hari ini memulakan penerbangan sulungnya bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, laluan ketiga selepas Kuala Lumpur-Langkawi dan Kuala Lumpur-Kota Baharu Ketibaan pesawat Boeing 737-400 dengan muatan penumpang kira-kira 70 peratus pada 11.10 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun Masidi dalam ucapannya berkata kerajaan negeri Sabah menyambut baik langkah syarikat penerbangan itu yang menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik yang selari dengan usaha kerajaan untuk merancakkan industri pelancongan dalam negara "Ini merupakan satu langkah logik untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi global yang begitu mencabar," katanya Beliau berkata masih ramai rakyat Malaysia yang belum mengenali keindahan dan keunikan negara sendiri Katanya pelancongan domestik perlu terus digalakkan dan penerbangan Rayani Air ke Sabah dapat membantu rakyat Malaysia mengenali negeri ini dengan lebih baik Katanya Sabah menawarkan banyak produk pelancongan termasuk pelancongan alam semulajadi seperti mendaki Gunung Kinabalu, pulau-pulau peranginan untuk aktiviti selaman dan kebudayaan Masidi berharap Rayani Air akan sentiasa mengutamakan kualiti perkhidmatan termasuk dari segi ketepatan masa agar setara dengan perkhidmatan penerbangan antarabangsa yang lain Beliau turut mencadangkan syarikat penerbangan itu meluaskan laluannya ke bandar-bandar utama di Sabah seperti Tawau dan Sandakan Sementara itu, Pengarah Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran meminta pengguna di Sabah agar terus menyokong syarikat penerbangan itu dalam usahanya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya